Minggu, 14 November 2010

Perang Daumatul Jandal


Perang Daumatul Jandal



Perang ini berlaku pada bulan Ogos 633M. Selepas kemenagan tentera Islam di dalam Perang Yamamah, Khalifah Abu Bakar menghantar seorang panglima dari Madinah, Iyadh ibn Ghanam bersama 4,000 orang perajurit ke Daumatul Jandal untuk menawan semula bandar itu daripada Bani Kalb yang murtad.
Namun bandar itu dipertahankan oleh pasukan pemberontak murtad seramai 15,000 orang yang diketuai oleh Judi ibn Rabiah dengan dibantu oleh Ukaidar ibn Abdul Malik. Ini kerana bandar itu mempunyai sumber bekalan makanan dan kewangan yang cukup berikutan lokasinya yang terletak di antara Damsyik dan Kufah. Kota ini menjadi tumpuan para pedagang yang berulang-alik antara Damsyik dan Kufah seterusnya menjadi pusat perdagangan di utara semenanjung Arab.
Setelah kehabisan ikhtiar, Iyadh ibn Ghanam menghantar surat kepada Khalid ibn al-Walid berkenaan dengan keadaan di Daumatul Jandal. Khalid yang ketika itu baru saja menguasai Ainul Tamar dalam Perang Ainul Tamar bersama 6,000 orang tentera bergegas ke Daumatul Jandal.
Hari pertempuran
Setibanya Khalid di Daumatul Jandal, beliau membahagikan tenteranya kepada dua pasukan di mana pasukan Iyadh berada di timur, utara dan barat bandar Daumatul Jandal manakala tentera Khalid sendiri berada di bahagian selatan iaitu di bahagian belakang bandar Daumatul Jandal.
Berbanding dengan taktik serang-lari-serang di dalam kempen menyebarkan Islam di Parsi, Khalid kali ini mengambil strategi dengan bertahan. Setelah bosan melihat tentera Islam tidak menggerakkan tenteranya, Judi ibn Rabiah melancarkan serangan ke atas Khalid dan Iyadh dengan membahagikan pasukannya kepada dua bahagian di mana pasukan yang terkuat yang diketuai oleh beliau sendiri digunakan untuk menyerang Khalid sementara yang lain dipimpin oleh Ukaidar bin Abdul Malik menyerang tentera Iyadh.
Setelah pasukan pemberontak murtad melancarkan serangannya, keseluruhan tentera Islam yang sedang mengepung bandar itu melancarkan serangan dari arah yang bertentangan menyebabkan pasukan pemberontak murtad tersepit seterusnya memaksa mereka berundur ke dalam bandar. Namun sebahagian tentera Islam pimpinan Iyadh berjaya mengawal pintu masuk ke bandar tersebut menyebabkan hampir kesemua pasukan pemberontak pimpinan Judi tewas dan beliau sendiri dibunuh.
Selepas pertempuran ini, bandar ini berjaya dikuasai semula oleh tentera Islam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar